Friday 25 September 2015

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum….

24 September 2015

Hari ini perayaan kedua besar bagi umat Islam seluruh dunia. Hari Raya Aidiladha atau hari raya qurban. Selepas bangun subuh aku tak terus tidur. Aku tak boleh lelap pun sebenarnya. Badan dan perut sakit sangat. Masuk angin. Pukul 7:45 pagi mak dah bising suruh siap untuk pergi solat sunat hari raya. Lepas bersiap seadanya aku pergi ke kereta. Tahun ni aku tak ada persiapan raya langsung. Berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya, persiapan raya aidiladha sama meriah macam raya aidilfitri. Baju baru pasti ada. Tapi tahun ni aku tak ada semangat langsung untuk buat persiapan. Baju pun pinjam dari kaklong. Sejujurnya aku hampir lupa sebenarnya hari ni hari raya.

Seperti biasa selepas solat sunat hari raya akan ada bacaan khutbah hari raya. Pada mulanya aku hanya mendengar. Sampailah khatib dah hampir tamatkan bacaan khutbah serta merta ada satu perasaan sayu meresap dalam diri. Dalam hati. Anas. Aku teringatkan anas. Seperti hari raya aidilfitri yang lalu, anas orang pertama yang ucapkan selamat hari raya pada aku. Dan di awal pagi raya dia dah kirimkan gambar dia. Begitu juga aku. J

‘Selamat Hari Raya Abang..’  Hanya sekadar ucapan di dalam hati.

Hati aku rasa sebak. Nak menangis ada adik kat sebelah. Malu pula rasanya. Aku betul-betul rindu dia. Tapi dia dah tak ada.. aku cuma hidup dalam kenangan. Kenangan indah yang tak mungkin aku padamkan. Biarpun jasad dia dah tak wujud lagi.. tapi aku tetap rasa kewujudan dia walaupun hanya dalam hati dan ingatan aku. J Alhamdulillah Allah tak ambil dia dari ingatan aku.

Kadang-kadang bila aku rasa down sangat.. aku terus teringat pada dia. Dia yang selalu ada untuk dengar segala luahan rasa aku. Sentiasa tenangkan aku dan beri aku kata semangat. Mendengar gelak ketawa dia je pun dah cukup buat aku rasa lapang. Aku suka dengar dia ketawa. Hati aku rasa bahagia. J Aku capai telefon, aku buka whatsapp.. terus aku send mesej pada nombor dia. Walaupun dia tak mungkin baca mesej-mesej tu, tapi itu satu-satunya cara buat pengubat rindu di hati. Di situlah tempat aku meluah segala perasaan yang wujud dalam diri.

Hati aku Cuma ada satu. Dan sudah pun diisi dengan dia. Walaupun dia pergi secara tiba-tiba. Tinggalkan aku sendiri macam ni. Aku tetap sayangkan dia. Tak terlintas langsung untuk aku gantikan dengan yang lain. Sekalipun dengan anas yang sekarang yang sama nama dan muka dengan dia. Dalaman.. hati mereka berbeza. Anas yang aku bersahabat sekarang ni tak mampu untuk tembus perasaan aku macam dia. Perasaan aku cuma pada dia. Dia yang dah pergi. Sekali dengan jiwa dan semangat aku dibawa pergi. Walaupun sekarang ni aku hanya mampu hidup dalam kenangan.. aku tetap bahagia. Asalkan Allah masih beri aku peluang untuk mengingati dia.

Aku juga manusia biasa sama seperti yang lainnya. Aku punya Tuhan. Tapi kadangkala aku inginkan juga teman. Yang aku boleh bicara dan memberi semangat. Hingga kini, nama dia sentiasa ada dalam lipatan doa-doaku setiap hari. Hanya pada Tuhan tempat aku meluah rasa. Rasa rindu yang hadir tiba-tiba. Saban hari dan waktu.


Allah.. aku rindu dia. Aku tahu dia dah tak ada. Tak mungkin lagi untuk aku bertemu dia. Kau hadirkanlah dia dalam mimpi-mimpi aku. Walaupun hanya sekadar bertemu dalam alam mimpi. Aku bersyukur. J