Friday 11 September 2015

Hati Yang Rindu

Assalamualaikum..

10 September 2015

Aku bangun dalam keadaan hati dan jiwa aku kosong. Seperti biasa, usai mata dibuka pasti telefon benda pertama yang akan aku capai. mahu lihat kalau-kalau ada keajaiban dari Tuhan. siapa tau ada mesej dari anas. hampa. tiada. aku lelapkan kembali mata. tepat jam 10 pagi aku bangun semula. terus saja aku kirimkan mesej pada anas. mohon maaf sebab aku terlelap sementara tunggu dia balik kerja.

aktiviti aku sikit sahaja. jam 2.30 meeting dengan prof Saman. meeting habis tepat jam 3.30 petang. aku tak rasa macam nak pulang ke kolej. aku start enjin kereta. terus ke masjid. teringat lepas asar ada kuliah tafaqquh bersama habib ali. dah terlalu lama aku tak dapat penawar rohani. siapa tahu aku boleh dapat sesuatu hari ini. :) jujur aku katakan.. jiwa aku kosong. dalam kepala aku tak ada apa-apa. tak tahu apa lagi mahu difikirkan. sengaja aku datang awal ke masjid. terasa mahu beri'ktikaf sekejap dalam rumah Allah. mencari sedikit ketenangan dalam jiwa. hanya airmata yang mampu keluar. laju tak boleh nak ditahan-tahan lagi.

bila nampak habib melangkah masuk dalam dewan solat. hati aku rasa tenang. Allah kata kalau tengok muka orang alim dapat pahala. alhamdulillah aku dapat duduk antara yang terhadapan sekali dalam kalangan muslimat. jelas nampak muka habib. kitab yang habib kupas hari ini kitab ringan je. berkenaan dengan niat dan taqwa.

"cukup kamu itu menanggung dosa bilamana kamu menyimpan rasa bermusuhan dengan orang lain."

aku tersentak. tepat rasanya kena dalam dada. baru semalam aku begitu benci. benci pada semua yang pernah menyakiti. hari ini Allah tegur aku.

1) berusahalah untuk selalu berlapang dada
2) berusahalah untuk selalu membuka pintu maaf

habib kata lagi..

dalam al-Quran Allah ada sebut.. 'ambillah maaf'. kenapa Allah gunakan perkataan ambil? sebab Allah tahu maaf tu berat. maka Allah suruh kita ambillah walau dengan keadaan terpaksa sekalipun. kerana tak mudah bagi seseorang untuk memberi maaf lebih-lebih lagi pada orang yang tak meminta maaf.

antara sifat orang bertaqwa:

1) Memberi infaq ketika senang dan susah
memberi infaq ketika senang dengan harta. ketika susah cukup dengan tidak 'complaint' pada Allah kenapa begitu kenapa begini.

2) Mampu menahan marah
mampu mengawal emosi ketika marah adalah orang yang kuat

3) Orang yang suka memberi maaf pada orang lain
memberi maaf pada orang yang tidak mahu meminta maaf.

4) Allah suka orang yang berbuat Ihsan
berbuat baik pada orang yang buat jahat pada kita. jangan cari apa yang kita dapat dari orang itu tetapi cari apa yang kita dapat dari Allah.

5) Orang yang insaf kepada Allah
meminta ampun pada Allah. berazam tidak akan buat dosa yang sudah disesali.

airmata tak henti-henti turun mengenangkan betapa jauh aku dari sifat2 tu semua. tamat kuliah habib. aku tak terus balik. aku cari tiang2 masjid yang kosong. aku duduk bersandar. fikir.. entah apa aku fikir. kalau ikutkan hati tak mahu aku jamah apa-apa. sejak anas pergi dari hidup aku.. aku kembali jadi seorang yang pasif. duduk berkurung dalam bilik. makan pun kerana terpaksa. sbb aku tetap perlukan tenaga untuk buat kerja dan pergi kelas. aku gagahkan juga kaki untuk cari apa-apa yang boleh dijadikan alas perut. aku beli makanan aku makan dalam kereta. sambil makan aku fikir.. begini sunyikah hidup aku?

masa aku ada anas.. aku rasa Allah sangat sayang pada aku. aku dapat dia seolah aku dapat segalanya. aku dapat seorang kawan baik. seorang pendengar yang baik. aku dapat teman yang baik. yang selalu bagi semangat pada aku. walaupun aku sorang-sorang juga masa tu.. tapi kerana dia aku tak pernah rasa sunyi. aku rasa lengkap. tapi Tuhan pinjamkan dia pada aku sekejap je. sekarang aku rasa sunyi yang teramat sangat.

lepas solat maghrib.. aku ambil yasin. duduk kembali di tiang yg sama. airmata tetap tak mau berhenti. aku tau ada mata-mata yang memandang. yalah.. siapa tak pelik kenapa menangis tak berhenti. aku dah hilang rasa malu. aku hidup dalam dunia aku. nak menangis aku menangis. tak perlu fikir lagi soal ego. mungkin sbb terlalu letih asyik menangis badan aku dah mula sakit2. rasa nak balik tidur tapi aku nak dengar ceramah lepas isya'.

ceramah tamat jam 11 malam. aku bukan pemandu yang bagus. dan kelemahan aku memandu tengah malam. semuanya kabur. dgn lampu malam yang buat mata aku silau. kalau dulu aku balik je dari apa-apa aktiviti mesti akan ada yang tanya 'hari ni macam mana?'. sekarang aku buat apa2 semuanya tak ada lagi yang nak ambil tahu.

jujur aku cakap.. aku rindu sangat kat anas.


No comments:

Post a Comment