Friday 25 September 2015

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum….

24 September 2015

Hari ini perayaan kedua besar bagi umat Islam seluruh dunia. Hari Raya Aidiladha atau hari raya qurban. Selepas bangun subuh aku tak terus tidur. Aku tak boleh lelap pun sebenarnya. Badan dan perut sakit sangat. Masuk angin. Pukul 7:45 pagi mak dah bising suruh siap untuk pergi solat sunat hari raya. Lepas bersiap seadanya aku pergi ke kereta. Tahun ni aku tak ada persiapan raya langsung. Berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya, persiapan raya aidiladha sama meriah macam raya aidilfitri. Baju baru pasti ada. Tapi tahun ni aku tak ada semangat langsung untuk buat persiapan. Baju pun pinjam dari kaklong. Sejujurnya aku hampir lupa sebenarnya hari ni hari raya.

Seperti biasa selepas solat sunat hari raya akan ada bacaan khutbah hari raya. Pada mulanya aku hanya mendengar. Sampailah khatib dah hampir tamatkan bacaan khutbah serta merta ada satu perasaan sayu meresap dalam diri. Dalam hati. Anas. Aku teringatkan anas. Seperti hari raya aidilfitri yang lalu, anas orang pertama yang ucapkan selamat hari raya pada aku. Dan di awal pagi raya dia dah kirimkan gambar dia. Begitu juga aku. J

‘Selamat Hari Raya Abang..’  Hanya sekadar ucapan di dalam hati.

Hati aku rasa sebak. Nak menangis ada adik kat sebelah. Malu pula rasanya. Aku betul-betul rindu dia. Tapi dia dah tak ada.. aku cuma hidup dalam kenangan. Kenangan indah yang tak mungkin aku padamkan. Biarpun jasad dia dah tak wujud lagi.. tapi aku tetap rasa kewujudan dia walaupun hanya dalam hati dan ingatan aku. J Alhamdulillah Allah tak ambil dia dari ingatan aku.

Kadang-kadang bila aku rasa down sangat.. aku terus teringat pada dia. Dia yang selalu ada untuk dengar segala luahan rasa aku. Sentiasa tenangkan aku dan beri aku kata semangat. Mendengar gelak ketawa dia je pun dah cukup buat aku rasa lapang. Aku suka dengar dia ketawa. Hati aku rasa bahagia. J Aku capai telefon, aku buka whatsapp.. terus aku send mesej pada nombor dia. Walaupun dia tak mungkin baca mesej-mesej tu, tapi itu satu-satunya cara buat pengubat rindu di hati. Di situlah tempat aku meluah segala perasaan yang wujud dalam diri.

Hati aku Cuma ada satu. Dan sudah pun diisi dengan dia. Walaupun dia pergi secara tiba-tiba. Tinggalkan aku sendiri macam ni. Aku tetap sayangkan dia. Tak terlintas langsung untuk aku gantikan dengan yang lain. Sekalipun dengan anas yang sekarang yang sama nama dan muka dengan dia. Dalaman.. hati mereka berbeza. Anas yang aku bersahabat sekarang ni tak mampu untuk tembus perasaan aku macam dia. Perasaan aku cuma pada dia. Dia yang dah pergi. Sekali dengan jiwa dan semangat aku dibawa pergi. Walaupun sekarang ni aku hanya mampu hidup dalam kenangan.. aku tetap bahagia. Asalkan Allah masih beri aku peluang untuk mengingati dia.

Aku juga manusia biasa sama seperti yang lainnya. Aku punya Tuhan. Tapi kadangkala aku inginkan juga teman. Yang aku boleh bicara dan memberi semangat. Hingga kini, nama dia sentiasa ada dalam lipatan doa-doaku setiap hari. Hanya pada Tuhan tempat aku meluah rasa. Rasa rindu yang hadir tiba-tiba. Saban hari dan waktu.


Allah.. aku rindu dia. Aku tahu dia dah tak ada. Tak mungkin lagi untuk aku bertemu dia. Kau hadirkanlah dia dalam mimpi-mimpi aku. Walaupun hanya sekadar bertemu dalam alam mimpi. Aku bersyukur. J

Tuesday 15 September 2015

Rahsia Hati Tak Siapa Tahu

Assalamualaikum..

14 September 2015

Mood aku seawal pagi semuanya baik-baik saja. walaupun kelas pagi tadi agak mengantuk, tapi cuaca hati masih dalam keadaan normal. segalanya normal hinggalah jam melangkah pukul 3.30 petang. aku solat zohor lewat hari ni. perasaan kurang enak muncul lepas aku selesai solat zohor. keluar je dari surau, serta merta ada satu perasaan yang.. entahlah.. tak tahu macam mana aku nak gambarkan. aku pun tak tahu apa die.. dan aku biarkan aje..

jam 5.20 petang aku keluar dari ofis prof. hari ni aku parking kereta dekat bahagian belakang lab marine. ada satu tembok besar. aku dah sampai kereta tapi terasa nak tahu ape dalam tembok yg mcm perigi tu? benda pertama dalam kepala otak aku.. "janganlah air..". bila aku jengket kaki intai. betul pun air. bertambah tak seronok perasaan aku. kenapa jangan air?? kalau nak tahu.. aku takut air. bukan air yg kat toilet tu. tp air pd kuantiti yg banyak. lebih tepat lagi tempat yang tertutup dengan air. TANGKI AIR. tu tempat paling aku tak nak pergi. heart beat aku akan jadi laju sangat bile dekat dengan tempat-tempat macam tu. :(

aku cadang nak beli 'lunch' kat arked cengal je. boleh beli roti untuk makan malam skali sebab kat situ je ada bakery. :) untuk ke arked cengal, dari lab marine paling dekat adalah melalui lingkaran dalam. lintas simpang dari fakulti alam bina ke fakulti mekanikal. tapi.. entah ape dalam kepala aku tadi.. hampir aja eksiden :( alhamdulillah aku bawak 40km/j je tadi. aku baru sedar aku wrong way bila tiba-tiba ada kereta datang dari arah depan.

sampai kat parking arked cengal.. aku duduk sekejap dalam kereta. fikir.. kenapa jadi macam tu. apa yang ganggu fikiran aku? tak dapat jawapan.. aku keluar terus pergi beli makanan. ternampak ada satu kedai jual masakan panas. terasa teringin nak makan nasi goreng ikan masin + telur dadar. aku pun order. tapi dari gaya macam lama lagi nak siap. aku duduk dekat meja kosong betul-betul menghadap kedai. supaya senang nampak order aku dah siap ke belum.

dah menjadi tabiat aku sejak azali. suka perhatikan orang. sorang demi sorang aku tengok. dari yang berjalan lalu lalang hinggalah yang duduk makan di meja. cara diorang makan. bersembang. tiba-tiba hati aku rasa kosong. rasa sunyi sangat. sengaja aku tinggalkan handphone dalam kereta. sebab..kalau ia ada di tangan.. mesti aku akan kerap buka whatsapp dan ulang-ulang tengok last seen anas. saja.. dengan cara tu je aku tau yang anas tak tido :)

aku tengok setiap orang yang duduk di cafe tu semuanya berteman. ada yang dengan kawan-kawan. ada juga yang dengan pasangan. :) cemburu? pastilah..

aku perhatikan sorang demi sorang pelajar perempuan yang datang kafe dan lalu depan aku untuk order makanan. ramai yang berbaju kurung. bertudung. sopan. ayu. cantik dari atas sampai bawah. kulit halus. putih. kurus. tiba-tiba aku terfikir..pasti perempuan-perempuan macam ni yang anas mahu. aku tahu anas bukan memilih fizikal. walaupun anas ulang-ulang kali cakap die tak nak kahwin orang kampung dia. dia nak orang luar. tp.. hakikatnya.. sifat-sifat orang kampung dia yang dia harapkan. lelaki mana tak mahu perempuan yang lembut bukan? sampai hari ni.. kata-kata dia terngiang-ngiang kat telinga aku.

"saya asal kampung. orang kampung ni sopan. lemah lembut. kalau marah pun masih ada lembutnya"

terus aku teringat orang-orang perempuan pantai timur. aku akui memang gadis-gadis pantai timur lemah lembut. cukup pakej sebagai perempuan yang sempurna. aku banding dengan diri aku. tak ada ayat yang boleh aku katakan. macam aku pernah kata sebelum ni. airmata sekarang ni jadi terlalu murah :)

dalam hati aku..

'aku tahu aku tak mampu nak jadi macam orang kampung dia.. aku tak pernah hidup dalam kawasan kampung. dari kecik aku duduk dalam kawasan taman. bandar. aku betul-betul buntu. salah aku ke kalau aku tak sempurna?'

tapi.. aku janji pada diri aku.. aku akan cuba berubah untuk jadi yang terbaik.. tapi untuk sempurna.. maaf.. mungkin aku tak mampu.. sebab tu sekarang.. setiap kali aku ada keinginan nak mesej anas.. nak call die.. aku letak semula fone. aku rasa aku bukan orang yang die mahu..

pada diri aku.. tak ada apa yang boleh dibanggakan. apatah lagi untuk orang lelaki banggakan. sebab tu agaknya tak ada hubungan yang kekal dengan aku. bila aku tengok pasangan yang saling merindu.. bila sorang merajuk sorang lagi datang pujuk.. bak kata orang.. tak boleh tengok pasangannya bersedih. :) aku cuma manusia biasa. juga mahu merasa semua yang orang lain rasa. merasa diperlukan. :) tapi hakikatnya.. hanyak aku yang selalu memerlukan orang untuk ada di sisi aku. aku tahu aku tak ada apa-apa yang istimewa yang boleh jadi alasan untuk orang mahu terus kekal hidup dengan aku. sebab tu.. aku tak pernah lagi impikan sesuatu yang indah untuk berlaku dalam hidup aku.

bermimpi itu indah.. sekarang.. aku takut untuk bermimpi lagi. sebab.. mungkin.. aku tak berjodoh dengan bahagia :)

kalau dulu orang tanya bila nak kahwin? aku dengan seronok dan confident akan jawab 2 tahun lagi inn shaa Allah. tapi sekarang.. bila orang ajukan soalan yang sama.. aku mampu senyum tanpa kata.

6.30 petang.. aku sampai bilik. solat asar.. makan dan terus baring. badan terasa lemah sangat. kepala pun rasa berat. yang pasti.. jiwa aku hilang entah kemana. terasa tak ada semangat yang tinggal dalam diri sekarang ini.

rahsia hati tak siapa yang tahu. :)

Monday 14 September 2015

Misi Mencari Bahagia

Assalamualaikum..

Hari ini hari Ahad. bermaksud aktiviti harian aku bermula seperti biasa. hari ni aku cuma ada 1 kelas je. jam 8-10 pagi. selepas kelas aku akan pergi kerja. oh.. aku buat kerja part time dengan seorang lecturer. Prof Ir. Dr. Ab. Saman Bin Abd. Kadir. Pengarah Makmal Marine UTM. walaupun kelas aku tak banyak.. tapi hari ni rasa letih sangat. mungkin sebab kesana sini buat aku rasa 'exhausted'. dan aku hanya minum air mineral dari pagi. jam 3.30 petang baru aku makan tengah hari.

dalam aku letih tu.. aku teringat satu perkara.. walaupun letih tapi alhamdulillah semuanya Allah permudahkan urusan aku hari ni. teringat aku pada satu buku yang pernah aku baca dulu..



ada satu kisah dalam buku ni cerita tentang apa itu bahagia? penulis ajar macam mana nak lahirkan rasa bersyukur dan menjadi seorang yang bersyukur. kerana rasa syukur itu salah satu dari jalan menuju bahagia. orang yang bahagia adalah orang yang hidupnya sentiasa positif. dan untuk lahirkan sifat positif.. dia ajar kita senaraikan segala kesyukuran dan keluhan kita setiap hari. sebab kadang-kadang bila kita ditimpa malang, kita jarang nampak kebaikan yang kita dah raih. rasa malang menutup segala kebaikan yang pernah terjadi pada diri kita. buat setiap hari hingga kesyukuran lebih banyak tersenarai berbanding keluhan. dengan itu fikiran negatif akan berkurang sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. baiklah.. aku mulakan senarai kesyukuran aku untuk hari ni :)

Kesyukuran: 
1) Hari ni pergi kelas on-time :)
2) Kelas hari ni sangat seronok. tak mengantuk langsung :)
3) Lecturer masih ingat muka aku walaupun last week aku masuk kelas die yang lain. jadi aku dah dapat kepercayaan kat situ yang last week aku tak dikira ponteng :)
4) Slide Prof Saman yang bertungkus lumus aku buat semalam berjaya disiapkan tadi :)  dan Prof kata okay :)
5) Urusan hantar surat permohonan pengurangan yuran kat bendahari tadi berjalan lancar. aku dapat giliran awal :)
6) dapat beli makanan harga murah :)
7) dapat ambil borang permohonan sticker kereta. dapat standby extra lagi tu mak guard bagi :)
8) perjalanan semuanya mudah kerana ada kenderaan sendiri.. tak perlu berpanas menunggu bas :)

Keluhan: 
1) Susahnya nak bangun pagi tadi :(
2) Perut masuk angin.. seharian berjalan terbongkok menahan sakit. maybe gastrik :(
3) Badan rasa terlalu letih sangat :(
4) Buku Prof Saman masih belum siap lagi :( hari ni tak sentuh langsung
5) muka teruk sunburn walaupun berkereta? :(



Saturday 12 September 2015

Sayyidul Istighfar - Penghulu Istighfar



Maksud:

Ya Allah Engkau Tuhanku tiada Tuhan selain Engkau
Engkau ciptakan aku dan aku hamba Mu
Dan aku berada dalam janji Mu
Menurut kemampuanku
Aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan yang ku lakukan
Aku sedari nikmat Mu kepadaku
Dan ku sedari akan dosa-dosaku
Ampuni aku
Ampuni aku
Ampuni aku kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa
Kecuali Engkau


Friday 11 September 2015

Hati Yang Rindu

Assalamualaikum..

10 September 2015

Aku bangun dalam keadaan hati dan jiwa aku kosong. Seperti biasa, usai mata dibuka pasti telefon benda pertama yang akan aku capai. mahu lihat kalau-kalau ada keajaiban dari Tuhan. siapa tau ada mesej dari anas. hampa. tiada. aku lelapkan kembali mata. tepat jam 10 pagi aku bangun semula. terus saja aku kirimkan mesej pada anas. mohon maaf sebab aku terlelap sementara tunggu dia balik kerja.

aktiviti aku sikit sahaja. jam 2.30 meeting dengan prof Saman. meeting habis tepat jam 3.30 petang. aku tak rasa macam nak pulang ke kolej. aku start enjin kereta. terus ke masjid. teringat lepas asar ada kuliah tafaqquh bersama habib ali. dah terlalu lama aku tak dapat penawar rohani. siapa tahu aku boleh dapat sesuatu hari ini. :) jujur aku katakan.. jiwa aku kosong. dalam kepala aku tak ada apa-apa. tak tahu apa lagi mahu difikirkan. sengaja aku datang awal ke masjid. terasa mahu beri'ktikaf sekejap dalam rumah Allah. mencari sedikit ketenangan dalam jiwa. hanya airmata yang mampu keluar. laju tak boleh nak ditahan-tahan lagi.

bila nampak habib melangkah masuk dalam dewan solat. hati aku rasa tenang. Allah kata kalau tengok muka orang alim dapat pahala. alhamdulillah aku dapat duduk antara yang terhadapan sekali dalam kalangan muslimat. jelas nampak muka habib. kitab yang habib kupas hari ini kitab ringan je. berkenaan dengan niat dan taqwa.

"cukup kamu itu menanggung dosa bilamana kamu menyimpan rasa bermusuhan dengan orang lain."

aku tersentak. tepat rasanya kena dalam dada. baru semalam aku begitu benci. benci pada semua yang pernah menyakiti. hari ini Allah tegur aku.

1) berusahalah untuk selalu berlapang dada
2) berusahalah untuk selalu membuka pintu maaf

habib kata lagi..

dalam al-Quran Allah ada sebut.. 'ambillah maaf'. kenapa Allah gunakan perkataan ambil? sebab Allah tahu maaf tu berat. maka Allah suruh kita ambillah walau dengan keadaan terpaksa sekalipun. kerana tak mudah bagi seseorang untuk memberi maaf lebih-lebih lagi pada orang yang tak meminta maaf.

antara sifat orang bertaqwa:

1) Memberi infaq ketika senang dan susah
memberi infaq ketika senang dengan harta. ketika susah cukup dengan tidak 'complaint' pada Allah kenapa begitu kenapa begini.

2) Mampu menahan marah
mampu mengawal emosi ketika marah adalah orang yang kuat

3) Orang yang suka memberi maaf pada orang lain
memberi maaf pada orang yang tidak mahu meminta maaf.

4) Allah suka orang yang berbuat Ihsan
berbuat baik pada orang yang buat jahat pada kita. jangan cari apa yang kita dapat dari orang itu tetapi cari apa yang kita dapat dari Allah.

5) Orang yang insaf kepada Allah
meminta ampun pada Allah. berazam tidak akan buat dosa yang sudah disesali.

airmata tak henti-henti turun mengenangkan betapa jauh aku dari sifat2 tu semua. tamat kuliah habib. aku tak terus balik. aku cari tiang2 masjid yang kosong. aku duduk bersandar. fikir.. entah apa aku fikir. kalau ikutkan hati tak mahu aku jamah apa-apa. sejak anas pergi dari hidup aku.. aku kembali jadi seorang yang pasif. duduk berkurung dalam bilik. makan pun kerana terpaksa. sbb aku tetap perlukan tenaga untuk buat kerja dan pergi kelas. aku gagahkan juga kaki untuk cari apa-apa yang boleh dijadikan alas perut. aku beli makanan aku makan dalam kereta. sambil makan aku fikir.. begini sunyikah hidup aku?

masa aku ada anas.. aku rasa Allah sangat sayang pada aku. aku dapat dia seolah aku dapat segalanya. aku dapat seorang kawan baik. seorang pendengar yang baik. aku dapat teman yang baik. yang selalu bagi semangat pada aku. walaupun aku sorang-sorang juga masa tu.. tapi kerana dia aku tak pernah rasa sunyi. aku rasa lengkap. tapi Tuhan pinjamkan dia pada aku sekejap je. sekarang aku rasa sunyi yang teramat sangat.

lepas solat maghrib.. aku ambil yasin. duduk kembali di tiang yg sama. airmata tetap tak mau berhenti. aku tau ada mata-mata yang memandang. yalah.. siapa tak pelik kenapa menangis tak berhenti. aku dah hilang rasa malu. aku hidup dalam dunia aku. nak menangis aku menangis. tak perlu fikir lagi soal ego. mungkin sbb terlalu letih asyik menangis badan aku dah mula sakit2. rasa nak balik tidur tapi aku nak dengar ceramah lepas isya'.

ceramah tamat jam 11 malam. aku bukan pemandu yang bagus. dan kelemahan aku memandu tengah malam. semuanya kabur. dgn lampu malam yang buat mata aku silau. kalau dulu aku balik je dari apa-apa aktiviti mesti akan ada yang tanya 'hari ni macam mana?'. sekarang aku buat apa2 semuanya tak ada lagi yang nak ambil tahu.

jujur aku cakap.. aku rindu sangat kat anas.


Jalan Takdir

Assalamualaikum..

Entry yang kedua untuk blog ini.

8 September 2015

aku pergi pusat islam utm untuk hantar borang permohonan zakat. ZAKAT. satu perkataan besar buat diri aku. sejujurnya aku cukup malu untuk jejakkan kaki ke pusat islam semata hanya untuk mohon zakat. aku tak pernah rasa diri aku perlukan bantuan zakat sebab selama ni makan pakai aku semuanya cukup. Tapi, takdir Tuhan manusia tu tak selamanya di atas. sekarang aku yang tak pernah terlintas utk jadi penerima zakat, sekarang aku memohon bantuan dari zakat sebab aku tak mahu susahkan abah lagi. rezki Allah tu luas. masa hantar borang.. aku dapat tiket konsert amal percuma. :)

9 September 2015

hari pertama aku libatkan diri dengan karnival masjid utm. kalau diikutkan hati malas rasanya nak dengar konsert dalam keadaan kerja aku yang bertimbun tunggu kat bilik. bermula dari aku start enjin kereta sampai lah kat tempat parking masjid, dalam kepala aku asik fikirkan "kalaulah aku tak pergi konsert ni mesti aku boleh siapkan banyak kerja". tapi bila fikirkan.. kalau dah memang takdir aku untuk ke sini, tolak macam mana pun ke sini juga aku. :) pasti ada hikmah. mungkin betul jiwa aku perlukan rehat. otak aku dan hati aku perlukan sikit hiburan. tapi.. siapa sangka.. betul kata zamani. "ku sangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis mengundang".

balik tengok konsert, hati aku happy sangat. banyak lagu aku record. dgn harapan balik nanti nak share dgn anas. dgn nad. tapi.. sampai je aku kat bilik, aku tengok ada chat dari nad masuk kat laptop kat fb. nad kata zul nak kahwin. aku terus cek notification aku. dalam hati.. kalau zul seorang yg ada hati perut, die takkan invite aku untuk tengok majlis kahwin dia. tapi telahan aku betul. dalam notifications aku, aku nampak ada satu invite event. majlis walimatul urus zul&aisyah. serta merta perasaan benci yang dah lama terkubur subur kembali.

tergamak dia. sudahlah hati aku disakiti. disuruh pula untuk tengok hari dia berbahagia. lebih menambah dendam di hati bila aku dapat tahu rupanya dia dengan perempuan tu dah lama pun. baru aku sedar, patutlah dulu keluar dgn aku fone tak pernah bawak. katanya tak mahu gangguan. aku bodoh. terlalu percaya. patutlah bila sebut soal kawin soal hati dia mengelak2. sekali lagi. aku bodoh. terlalu percaya. kerana satu soalan aku bertanya, terus dihambur kata2 kasar. terus aku ditinggal. dia tawar hati katanya. biasalah.. kalau dah bosan benda kecil pun kau besarkan. mencari alasan untuk terus putuskan hubungan.

memang ini kisah lama. tapi bukan mudah untuk aku bangun dari jatuh. jatuh dibuang orang. merayu macam orang tak ada harga diri. tp apa yang dia buat? dia biarkan aje aku macam orang gila. :) bukan niat aku nak membuka siapa diri dia. tapi itulah dia yang sembunyi dibalik post2 agama ceramah2 agama kat fb dia.

semalaman aku menangis. memikirkan kenapa begitu kenapa begini. kenapa Allah beri aku tersenyum sesaat dua? dan Allah hadiahkan lagi aku dengan airmata? hingga aku mula menyalahkan takdir. apa Allah sudah tidak sayang pada aku lagi? kenapa orang yang aniaya aku hidup mereka semuanya gembira. tenang. boleh berkahwin. ada keluarga sendiri? kenapa? kenapa aku juga yang masih di sini meratapi setiap insan2 yang pergi yang garap sekali jiwa ni? aku ditinggal lagi oleh dia yang aku sangkakan mungkin yg terakhir aku terima. barang2 simpanan aku semuanya diambil orang. pinjaman pelajaran aku ditangguh. dan sekarang, aku dapat undangan dari orang yg pernah hancurkan aku. aku seorang yang gagal. satu persatu kebencian lama subur kembali. dan aku terlena dalam hati yang penuh benci.


Thursday 10 September 2015

Aku Hanya Punya Diri Sendiri

Assalamualaikum

Blog yang baru dengan harapan ada sinar baru yang muncul dalam hidup aku. terasa mahu membuka lembaran baru. terlalu banyak kekecewaan yang menyelubungi hidup buatkan aku hilang diri aku sendiri. hari ini.. aku jatuh. jatuh yang buat aku terasa tak mahu untuk bangun semula.

kadang hati tertanya.. apa itu bahagia?

ramai orang aku temui..pelbagai kisah tercipta..tapi masih tak aku temui apa itu bahagia. kalau cinta itu bahagia. bahagiakah aku? sedangkan cinta saja tak pernah menjadi milik aku.

hari ini aku mampu gelak ketawa.. sesaat dua. kemurungan kembali melanda jiwa. bahagiakah aku? Entah kenapa bahagia dengan diri ini seolah tak mahu bersama. tidak mahu berjalan seiring. Demi Tuhan.. jiwa dan hati aku.. sungguh letih. letih hingga aku tak mahu lagi bercerita pada siapa pun. terasa seperti mulut terkunci dari berbicara.

andai aku punya kesempatan.. ingin saja aku pergi dari semua ini. jauh dari manusia yang aku kenali. jauh dari semua supaya aku tak lagi disakiti. peritnya jiwa siapa yang tahu? hinggakan setiap butir nasi yang masuk ke tekak tak lagi aku rasa nikmatnya. yang ada cuma perit dan sakit.

airmata kini menjadi terlalu murah. mudah sungguh jatuh berderai. tak mampu lagi rasanya untuk aku kesat setiap titisan yang jatuh menyembah bumi. Tuhan.. aku tahu Kau Maha Melihat. setiap butir airmata yang menitis di bumi Mu ini semua Kau hitung.. aku mohon.. kasihanilah aku Tuhan. berilah aku kekuatan untuk sentiasa bersangka baik dengan takdir Mu.

aku tak punya kawan yang mampu melihat airmata ini. hanya Engkau Maha Tahu betapa hebat kalut yang melanda jiwa aku di saat ini.